Monday, May 24, 2010

Isu Pendidikan

Berita yang aku baca hari ni...

Empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru
  • Memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah
  • Mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan
  • Mempergiatkan sumbangan bekas pelajar
  • Mewujudkan persatuan pesara guru
Konsep ‘masyarakatkan pendidikan’ tak perlu kos tambahan

KUALA LUMPUR: Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, menyarankan empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru di sekolah melalui konsep ‘memasyarakatkan pendidikan’ yang tidak mencetuskan kos tambahan kepada kerajaan.

Empat langkah berkenaan ialah memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah, mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan, mempergiatkan sumbangan bekas pelajar, serta mewujudkan persatuan pesara guru.

Beliau yang bertanggungjawab dalam penghasilan Laporan Abdul Rahman Arshad yang mengandungi 82 perakuan pada Ogos 1996, berkata sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran memberi penekanan serius terhadap pelaksanaan konsep berkenaan, sekali gus memperluaskannya ke sekolah di seluruh negara.
“Menggembleng sepenuhnya kerjasama serta peranan ibu bapa dalam pelaksanaan aktiviti di sekolah, terutama bidang kokurikulum, secara langsung akan membantu guru memfokus kepada tugas pengajaran dan pembelajaran.

“Sebagai contoh, ibu bapa diberi ruang dan kepercayaan untuk mengatur serta mengendalikan penganjuran Hari Sukan di sekolah yang membabitkan banyak kerja di luar bilik darjah dan memakan masa guru selama ini,” katanya kepada Berita Harian.

Akhbar baru-baru ini melaporkan sebanyak 40 cadangan mengatasi beban tugas guru dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan, termasuk mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah.

Abdul Rahman berkata, Kementerian Pelajaran juga harus mempergiat usaha mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan di sekolah sebagai tanggungjawab sosial. 
Dalam konteks ini, katanya, sektor swasta mampu berperanan merapatkan jurang prestasi pencapaian serta infrastruktur antara sekolah di bandar dan pedalaman.

“Matlamat ini boleh dicapai melalui program seperti anak angkat oleh syarikat swasta, tidak kira yang besar mahu pun kecil. Ketika ini, program sedemikian masih kurang dan kebanyakannya hanya terhad kepada sekolah yang majikan syarikat itu adalah alumni.

“Satu lagi langkah berkesan ialah menggerakkan secara aktif sumbangan murid tua’ atau bekas pelajar di sesebuah sekolah untuk membantu guru menjayakan program penting seperti bimbingan kerjaya dan ceramah menghadapi peperiksaan utama,” katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya persatuan pesara guru diwujudkan bagi membolehkan golongan yang kaya dengan pengalaman itu menyalurkan idea untuk membantu Kementerian Pelajaran menangani pelbagai isu berkaitan, termasuk dalam usaha mempertingkat profesionalisme guru.

Sumber ; Berita Harian

Komen aku :

Apa pun, diharapkan dapat memberi sumbangan buat semua, terutamanya guru dan murid tu sendiri..Dah macam-macam perubahan yang kerajaan buat..Paling mengejutkan aku, pasal Lesen Perguruan.. Nasib tak dilaksanakan..

Tuesday, May 18, 2010

Selamat Berjaya..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Kepada semua anak didikku yang sedang menghadapi peperiksaan..

Kepada rakan-rakan seperjuangan..

Kepada sesiapa saja yang singgah di sini...

Entri untuk para pendidik..

Maaf atas kelewatan..Exam just around the corner..Tak dan nak update..

Dulu..bila sambut hari guru,,selalu bagi hadiah kat cikgu..
Hari ni, aku pulak yang disambut..
Aku ingat lagi kali pertama aku menyanyi lagu "Guru Malaysia"
Berdiri bulu tengkok aku..sebab aku macam tak percaya yang aku bakal menjadi seorng pendidik..
Aku harap korang dapat doakan aku utk jadi guru yang terbaik..
Dan aku akan memberi yang terbaik untuk anak didik aku..

Kepada semua guru-guruku..

Tabika Perpaduan Taman Serai Jaya (Cikgu Jamaliah)

Sek. Keb. Matang Gerdu (Cikgu Faridah - BM dan yang aku tak ingat nama..Aku kat sek ni masa darjah 1 je..)

Sek. Keb. Seri Siakap (Cikgu Rahim -Muzik, Ust.Nasri, Cikgu Wahab - M3, Cikgu Sarimah - BM dan lain2 cikgu jugak...Aku kat sek ni dari Darjah 2 sampai Darjah 4)

Sek. Keb. Permatang Tok Mahat (Teacher Rashidah, Cikgu Mat Saad, Cikgu Rodziah, Cikgu Zazol. Cikgu Naemah, Teacher Nooraini dan yang lain2 jugak..aku kat sini Dari Darjah 5 sampai darjah 6)

Sekolah Alam Shah ( Ustzh. Rusuwati, Cik Haslinda, Cik Maryam, Pn. Ku Zaleha, Pn. Noraini..sori..tak ingat semua nama..tapi percaya la..aku still ingat muka cikgu2 aku)

Yang teristimewa...

BUAT AYAH & EMAK

Mohd Hasli b. Mat Hasan
Hasimah bt. Osman

Guruku sejak kecik sampai sekarang..

Sure ada cikgu yang kita ingat sampai sekarang..Nabi pernah bersabda, seseorang yang mengajarkan kamu, walaupun satu huruf, dia adalah guru kamu..*kalau salah tolong betulkan..