Friday, October 30, 2009

Sejauh manakah rancangan anda??



Siapa yang dah mula berfikir mengenai masa depan?? BUKAN sekadar nak kawin, nak beli kereta atau rumah, tapi dari segi KEWANGAN. Memang lumrah kita dah berfikir pasal kerja dan berapa pendapatan kita, tapi kadang-kadang kita lupa pasal PENYAKIT yang tak tentu waktu nak serang..Mungkin jugak waktu-waktu KECEMASAN..tak dinafikan semua orang nak hidup SENANG satu hari nanti..semua orang idamkan ada DUIT yang lebih untuk berbelanja dan membeli apa saja yg dihajatkan..Jadi, untuk mencapai matlamat tu, kita kena ada perancangan..Bila??SEKARANG..Kat sini bentosensei nak kongsi sedikit tips menjana kewangan..Insya ALLAH mudah dan praktikal..

1) Berbelanja ikut kemampuan
PTPTN dapat setakat RM400 sebulan (cthnya). Belanja macam orang dapat RM600. Waktu tu berangan pulak kalau la ada RM1200 sebulan, mesti best. Tapi, yg herannya, org yg keja dgn gaji sbyk tu pun merungut tk cukup(sori, tkde niat nk kutuk pasal gaji sesape).sebab apa?Sebab belanja lebih had. Jadi, belanja kena kurang dari apa yg kita ada.

2) Investment
Berapa ramai antara kita yg terfikir nak melabur waktu muda2 belia macam ni?dalam masa yg sama, kita rasa heran dengan bangsa lain yg sinonim dengan keta besa dan mewah, padahal tk tau buat keja apa pun.Takkan la tiap2 bulan menang loteri sampai boleh support camry kot..So, jawapannya mudah, MELABUR.. Kat sini aku nak share peluang pelaburan yg aku tau.

a) ASB- dgn serendah RM70 sebulan, korang boleh dapat 7%(minimum) dividen utk setahun. nilai dividen berdasarkan jumlah pinjaman. OK, Ali buat  pinjaman ASB Rm10000. Tp,duit tu tk dpt terus. Ali kena simpan Rm70 sbln sampai tempoh yg ditetapkan, biasanya 20 thn. (lagi rendah byrn, lagi lama tempoh). so, setahun Ali akan dapat RM700..sapa nak bagi Rm700 cmtu je.Nampak sikit.cuba kita buat kira2 sikit.

Simpanan tabung  
RM80 x 240 bulan = RM19200.

ASB
pinjaman RM10k + (RM700 x 20thn) = RM24000.

ini kalau kita ambil dividen minima. tiap2 tahun dividen tk sama.mgkn lg tinggi. tempoh dan jumlah pinjaman korang yg tentukan.

b) BANK KOPERASI

Bank ni menwarkan dividen tetap 10% setiap tahun. Nak dibandingkan dgn simpanan di dalam akaun biasa, bank just bg 1% setahun. Bank Koperasi akan simpan duit kita dalam bentuk unit saham, dan minimum kita kena beli RM500. Mungkin agak tinggi, tapi pulangan lumayan. Maksimum pelaburan kat sini RM5000.

c) Koperasi HPA

Ramai yang dah tau pasal HPA ni, tp ramai yg tak tau pasal pelaburan yg dia offer. tahun lepas HPA bagi hampir 14% kpd pemegang sahamnya.( kalau tk silap aku). Tp yg pasti sgt tggi nak dibandingkan dengan pelaburan lain. minimum untuk permulaan RM200 dan mesti menjadi ahli HPA dulu iaitu RM30 utk daftar jd ahli. Korang boleh kira sndr brp untung korang boleh dapat.

3) Peluang dan kemahuan 


PELUANG ada di mana2. cukup la aku kongsi yang ni dulu. Yang penting KEMAHUAN. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. InsyaALLAh sama2 dapat memajukan diri..

Thursday, October 29, 2009

Through My Window...

Mungkin ramai yang dah tau pasal lagu ni.Tp, bagi yang tak tau lagi, aku boleh cerita skit2.Ia sebuah lagu yang menarik tapi misteri..kenapa misteri??Sebab pada awalnya lagu ni dihantar kpd pihak media tanpa sebarang nama kumpulan atau penyanyi,tapi cuma ada URL www.everyoneconnet.com.Aku pasti ramai da penah dengar kat radio.So, hari ni da terjawab misteri tu..ni merupakan satu cara band underground merealisasikan hasrat 1 Malaysia iaitu melalui muzik..Korang boleh tengok sendiri kat dalam website tu..Sbnrnya lagu ni banyak versi..maksudnya ramai artis2 tempatan yang nyanyi lagu ni..korang boleh tengok kat website tu..dah, cakap banyak melalut pulak..Download je ar..senang citer..jom njoy sama2..yeah!MySpace


Connection Make Anything Possible!
Let's get connected and unite each other... 




Download Lagu ni----> Through My window- Bunkface

Tuesday, October 27, 2009

Wajarkah???

Wajarkah engkau membenci/meluat pada orang lain orang lain?MySpace

"Isy,menyampah la aku tg prangai dia tu..poyo jer".

"Eleh, nak mencapab la tu...tkde keje lain".

"Hm..kalau cantik tkpe jugak..x sedar diri betul".

Ini merupakan luahan perasaan yang sering aku dengar hampir setiap hari..tak terkecuali, diri yg khilaf ini kadangkala tak lepas melepaskan perasaan yang sama.MySpace(sapa rasa pedas,dia la makan cili)Aku x perli sapa-sapa pun.Just, terdetik rasa di hati..Siapa aku nk persoalkannya??Ya..kita lupa bahawa diri kita juga dipandang oleh orang lain..Yakinkah kita bahawa kita sangat disukai oleh orang lain??Mampukah kita menyenangkan hati orang lain setiap masa?Mungkin YA,mungkin jugak TIDAK..Aku sedar, sebagai manusia biasa, tak mungkin aku mampu menyenangkan hati semua orangMySpace..Yang aku mampu, Cuba sedaya upaya untuk menyenangkan hati orang lain..Pendek kata, jaga hati orang lain. Hmm..timbul pulak lagi satu masalah..Hati sendiri sapa pulak nak jaga??MySpace(dah..makan ati le pulak)dah tu mula la nak jadi sensitif dgn orang lain..

Hakikatnya, sebagai manusia, kita perlu bijak membawa diri.Setiap hari kita perlu memaafkan org lain sebab tak semua orang kita boleh minta maaf.Ye tak? Beri salam jika bertemu kawan-kawan sebab salam tu boleh menyuburkan ukhwah. tak caya, buat la..Bandingkan dengan org yg kita angkat tgn shj bila selisih, org yg kita cakap hai, hallo, hoi atau apa2 lagi..bandingkan jugak dengan org yg ita bagi salam..lagi satu, salam tu doa..jgn lupa..MySpace

da melalut aku ni..aku cuma termenung dan terpikir benda ni..harap sama2 mendapat manfaat.InsyaAllah.


Yang benar,

Aku yg jd baik tiba-tibaMySpace

Friday, October 23, 2009

Untuk Dijual...



Benda ni bukanlah lukisan atau poster, tetapi Cross stitch yg telah siap diframe kan..

Jadi,apa keistimewaannya??

1) Boleh dijadikan hadiah yang amat unik
2) Sgt istimewa kerana ia merupakan hasil kerja tangan yang amat halus dan seni..

3) Siap dengan frame dan kaca yg tidak berbayang.

so, bg yg berminat, boleh email kat aku di bentosenseigmailcom..




Frame dgn ukiran spesel...

Tuesday, October 13, 2009

Sedarkah kita??

Sedarkah kita bahawa tiap-tiap sesuatu yg ada di sekitar kita adalah amat berharga?pernahkah kita hargai atau syukuri??sejauh mana rasa syukur, rasa terima kasih yg kita tunjuk atau ucapkan?? Waktu kt camping haritu, aku diberi peluang melihat satu kejadian..wktu tu kami tkda apa2 aktiviti. Ikutkan kami perlu buat latihan untuk sesi penilaian pada malam nanti. Bayangkan, dari pukul 10 pagi lagi kami da tecangak tnpa aktiviti..so, nk jadikan cerita, ada sorg membe ni pegang paper..then sorg2 berhimpun keliling dia untuk tgk paper tu sama2.Aku pun join jugak..boring punya pasal.. Tiap2 helai kami tengok. Tiap2 perkataan kami baca. Tiap2 gambar kami teliti. Sampaikan mekap org tu tebal ke nipis pun blh kami perasan. Then baru aku sedar, paper tu paper lama..da dua hari pun..kalau sebelum2 ni, paper baru pun buat pandang sepi ja..sikit pun tak peduli. sekarang benda tu la yg jd hiburan paling hebat waktu tu..aku tersedar..selain dari paper, mungkin banyak benda yang kita sering terlepas pandang. peluang yg dtg hari2, mgkn kita sia-siakan..teringat satu petikan ceramah..kalau diberi peluang org yg dah mati tu hidup balik, 5 minit pun cukup la. Pasti org tu akan beribadat secukupnya..moralnya kat cni, hargai pa yg ada di sekitar kita..masa, org yg tersayang, kehidupan, harta benda, ilmu, kawan2..macam2 la..renung2kan..

Tuesday, October 6, 2009

Kucing...

Badannya kurus menampakkan tulang rangkanya yang kecil.Matanya mulai tertutup.Jalannya seolah-olah merangkak.Dia sakit barangkali. Bila dipegang, dia menjilat-jilat seperti sangat kelaparan. Rasa kasihan menebal. Aku mendakap anak kucing yang bewarna keperang-perangan itu. Tiba-tiba muncul seekor kucing betina dan seekor anaknya dari celah meja di pasar itu. Sekilas pandang dapat ku agak bahawa itu ibu kepada anak kucing yang kudakap. Hati mula berbelah bagi, hendak ambil atau tinggalkan semula anak kucing tersebut. Aku renung ibu kucing yang uzur tu. Badannya menggeleber. Matanya hampir tertutup. Sakit juga barangkali. Anak kucing yang di sebelahnya, warna keperangan, mungkin saudara anak kucing yang kudakap tadi. Macam mana ni?Aku berfikir. Tubuh kurus dan mata daif terus memandang seolah-olah merayu.

Akhirnya, aku ambil anak kucing yang aku dakap tadi. Alasannya, anak kucing itu lebih kurus dan lebih lemah berbanding anak kucing yang ada bersama ibunya. Pada fikiranku, biarlah ibu kucing itu menjaga anaknya yang lagi seekor. Aku yakin, dengan makanan dan perlindungan yang aku sediakan nanti, mesti anak kucing itu sihat kembali. Sampai di rumah, aku terus sediakan makanan, air dan tempat tinggal untuknya. Hatiku senang melihatnya yang sedang berehat di dalam sangkar. Aku pasti, dia hampir selamat. Insya Allah.

Selang beberapa hari, matanya masih lagi tertutup. Badannya masih tiada perubahan. Hari berikutnya, aku mendapati dia telah mati. AKu terdiam. Sedangkan di rumah yang lengkap dengan makanan dan perlindungan pun boleh mati, apatah lagi di pasar, aku rasa tentu ibu dan saudaranya mengalami nasib yang sama.

Rasa ingin tahu telah membawa aku ke pasar semula. Itupun setelah 2 bulan lebih berlalu. Aku terkejut. Kelihatan anak saudara kepada kucing yang aku ambil sedang berlari riang bersama ibunya. Badannya sihat, segar dan gemuk. Hatiku terhiris,menyesal dan bersalah. Ternyata aku bersalah kerana 'memisahkan' anak kucing itu daripada saudara dan ibunya.

Aku lupa, binatang pun perlukan kasih sayang..Itu baru anak kucing..Bagaimana dengan manusia???

*dipetik dari buku Nota Hati Seorang Lelaki, karya Pahrol Mohd.Juoi

Akhir Rasa Ini

Semenjak dua menjak ni, aku rasa macam-macam.

1. Rasa nak minta maaf kat semua orang
- aku rasa kalau boleh aku nak jumpa dengan semua orang yang aku kenal dan minta maaf. Kawan aku kata, kalau ada rasa macam tu, baik cepat2 buat. So, aku amik kesempatan ni untuk minta maaf kat korang semua.

2. Rasa nak mati
- Ni bukan nak nak bunuh diri. Tapi rasa macam kematian tu makin hampir. Aku pernah baca pasal tanda-tanda kematian semakin dekat, tapi aku da lupa la..Nauzubillah.Doakan umur aku panjang ye..

3.Rasa hambar
-Rabu nanti aku kena camping untuk Unit Beruniform kat Sg. Petani. Selalunya bila nak camping aku excited, tapi kali ni tak pulak. Mungkin sebab tempat tu dekat sangat dengan tempat aku. Lebih kurang 30 minit dari IPGM aku ni.

4. Rasa nak amik gambar dengan orang yang tersayang.
- Aku sayang maktok aku, aku sayang mak aku, aku sayang ayah aku, adik-adik aku. Aku rasa nak amik gambar dengan dorang, dan simpan dalam wallet. Korang ada simpan gamba parent korang?ada begambar dengan dorang?Kalau belum, buat la sebelum terlambat.

So, aku rasa pengajaran paling bermakna dari post aku ni, buatlah sesuatu sebelum kita menyesal, sebelum masa kita pergi atau sebelum orang-orang yang tersayang dah takda.

Saturday, October 3, 2009

Jawapan IQ Test=)

Jawapannya, nyanyikan lagu Happy Besday!!!