Sunday, November 29, 2009

Kesedihan, kegembiraan dan kesyukuran...

Hm, tema post aku slalu tak lari drpd perkara2 mcm tu..kenapa? sebab itu yg aku selalu tempuhi dalam hidup aku..start dari mula exam, sampai semingu cuti sekolah, aku langsung x sempat nk update blog aku..mgkn ada yg sgka aku dah tgglkan blog..tu yg buat aku sedih..aku tak berpeluang nak update macam dulu..tapi, disebalik kesedihan yg aku alami, au sebenarnya tengah bekerja time2 cuti sekolah ni..wat masa sekarang, aku tgh wat keja part time sbg promoter kat sebuah kedai yg terletak di pekan dekat dgn umah aku.

Masuk hari ni dah genap seminggu aku kerja kat situ.Kerja bukan semata2 sebab duit, tapi sebab pengalaman..kat situ aku berpeluang kenal dengan ramai orang yang aku tak pernah kenal..selama ni hidup aku di sekeliling orang2 yang berpelajaran tingg(maaf, tak berniat untuk membandingkan sesiapa), secara tak langsung aku dapat membuat satu kesimpulan yang sangat mudah, tapi cukup padat..JANGAN MEMANDANG RENDAH KPD ORANG LAIN..

Aku bersyukur kerana berpeluang dan diberi peringatan mengenai perkara tu..sebab, walaupun tak belajar tinggi, tapi budi pekerti rasa hormat dan merendah diri tu sentiasa aku rasa ada pada kawan2 aku ni..aku jadi malu dengan diri sendiri..baikkah aku ni??

Aku berani jamin..kebanyakan golongan terpelajar ni lebih mempunyai rasa berlumba.berlumba untuk buktikan siapa hebat.berlumba untuk capai kejayaan dan impian..memang baik dan digalakan untuk berlumba ke arah kebaikan..tapi kita mungkin terlupa, waktu kita berlumba, kita menindas orang lain.waktu berlumba kita tinggalkan kawan2 yang dalam kesusahan..kita tak peduli perasaan orang lain sedangkan kita sentiasa nak difahami orang lain..

Dan, pasti wujud antara kita yang memandang rendah pada orang lain..bila jumpa dengan geng2 mat rempit, kita secara spontan akan tergerak dalam hati, Isy, teruk betul dia ni..
takpun, selisih la sapa2 pun yang pelik pada pandangan kita..sure ada negative feeling.kenapa?tak teringat ke Allah menjadikan sesuatu atas sesuatu sebab jugak?lupa ke hidup kita ni macam roda? percaya atau tidak, perkara yang sama mungkin akan kita hadapi kalau itu rasa hati kita..Aku pelik, kenapa kita susah sangat nak DOAKAN kebaikan untuk orang lain?instead of cakap orang tu dan orang ni teruk, baik kita doakan supaya dia jadi lebih baik..secara tak lansung kita dah terhindar dari dosa mengata.dan secara tak langsung kita menjadi lebih insaf..

Renungkanlah..

Thursday, November 12, 2009

Lapang sebelum datangnya sibuk...

Hampir seminggu tak update..bukan apa, masa lapang da diganti dengan aktiviti mengulang kaji..Alhamdulillah..selesai 3 paper.Tinggal lagi 2 paper..Ada 5 hari lagi ni..Nampaknya banyak event yang aku terlepas..Nway, tahniah kat Jard sbb dapat no 3..Waktu-waktu macam ni baru aku teringat, kejar 5 perkara sebelum 5 perkara..

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Lapang sebelum sibuk
4. Kaya sebelum miskin
5. Hidup sebelum mati

Mudah,ringakas tapi padat..Selalu pun kita dengar.Tapi jarang kita nak amik masa dan berfikir sejenak. Pada dasarnya, kita diingatkan untuk bersyukur. Tak kira apa jua keadaan kita. Kedua kita perlu ingat setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Ketiga, kita diingatkan tentang masa. Hidup kita tidak statik dan sentiasa berubah. Keempat, kita sama sebagai manusia. Semua orang akan melalui perkara tersebut.. 

 Insya-Allah, tulisan yang ringkas ini diharapkan dapat memberi iktibar kepada kita semua.

Tuesday, November 3, 2009

Jom KLik!

Kengkawan sekalian yg melewati blog aku nih..jom sama2 supprot kawan aku si JARD ni..Just klik kat link kt bwah ni utk vote..jom ar,tlg aku support bdk nih..MySpace

Thanks ats support yg diberi=)MySpace


Klik utk vote-http://2012.com.my/default.asp?preselpid=42

Monday, November 2, 2009

Exam..Exam..Exam...

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN FINAL kepada semua pembaca dan pengunjung blog bentosensei yang mengambil exam..Pulun weh jangan tak pulun..



Yang Benar,

MySpace
Aku yg baru nak struggle

Kenapa Ya??

Kenapa kita suka menilai orang lain??MySpaceTgk peribadi, perangai org lain, MACAM2 penilaian kita dah buat..TANPA kita amik kira SEBAB APA jadi macam tu..MySpacekita TAK PEDULI kita ni mcam mana..memang la kita perlu jaga tepi kain orang(bukan dalam kain yer tuan2 dan puan2 serta cik2 sekalian)MySpace...Kenapa??Instead of kita cerita keburukan orang lain, aib orang lain, kenapa kita tak doakan dia jadi lebih baik? MySpaceTau tak, kalau kita tutup keaiban orang lain, Allah janji utk tutup keaiban kita pulak. Jangan lupa, tiada manusia yang sempurna..termasuk KITA..semua orang nakkan yang TERBAIK..semua orang mencuba SEHABIS BAIK..Ayuh saudara semua, siapa lagi yang nak doakan utk saudara seagama kita kalau bukan kita sendiri..sudahlah menilai orang lain dan mengatakan dan memikirkan yang bukan2, lebih baik kita doakan yang terbaik utk org tu..

Moga sama2 mendapat manfaat..

Yang Benar,
MySpace

Aku yang asyik berfikir...

p/s : ramai yg kutuk pelakon Tiz Zaqiah..jom kita sama2 doa, mana tau dia jadi mcm Nur Amina=)MySpace

Friday, October 30, 2009

Sejauh manakah rancangan anda??



Siapa yang dah mula berfikir mengenai masa depan?? BUKAN sekadar nak kawin, nak beli kereta atau rumah, tapi dari segi KEWANGAN. Memang lumrah kita dah berfikir pasal kerja dan berapa pendapatan kita, tapi kadang-kadang kita lupa pasal PENYAKIT yang tak tentu waktu nak serang..Mungkin jugak waktu-waktu KECEMASAN..tak dinafikan semua orang nak hidup SENANG satu hari nanti..semua orang idamkan ada DUIT yang lebih untuk berbelanja dan membeli apa saja yg dihajatkan..Jadi, untuk mencapai matlamat tu, kita kena ada perancangan..Bila??SEKARANG..Kat sini bentosensei nak kongsi sedikit tips menjana kewangan..Insya ALLAH mudah dan praktikal..

1) Berbelanja ikut kemampuan
PTPTN dapat setakat RM400 sebulan (cthnya). Belanja macam orang dapat RM600. Waktu tu berangan pulak kalau la ada RM1200 sebulan, mesti best. Tapi, yg herannya, org yg keja dgn gaji sbyk tu pun merungut tk cukup(sori, tkde niat nk kutuk pasal gaji sesape).sebab apa?Sebab belanja lebih had. Jadi, belanja kena kurang dari apa yg kita ada.

2) Investment
Berapa ramai antara kita yg terfikir nak melabur waktu muda2 belia macam ni?dalam masa yg sama, kita rasa heran dengan bangsa lain yg sinonim dengan keta besa dan mewah, padahal tk tau buat keja apa pun.Takkan la tiap2 bulan menang loteri sampai boleh support camry kot..So, jawapannya mudah, MELABUR.. Kat sini aku nak share peluang pelaburan yg aku tau.

a) ASB- dgn serendah RM70 sebulan, korang boleh dapat 7%(minimum) dividen utk setahun. nilai dividen berdasarkan jumlah pinjaman. OK, Ali buat  pinjaman ASB Rm10000. Tp,duit tu tk dpt terus. Ali kena simpan Rm70 sbln sampai tempoh yg ditetapkan, biasanya 20 thn. (lagi rendah byrn, lagi lama tempoh). so, setahun Ali akan dapat RM700..sapa nak bagi Rm700 cmtu je.Nampak sikit.cuba kita buat kira2 sikit.

Simpanan tabung  
RM80 x 240 bulan = RM19200.

ASB
pinjaman RM10k + (RM700 x 20thn) = RM24000.

ini kalau kita ambil dividen minima. tiap2 tahun dividen tk sama.mgkn lg tinggi. tempoh dan jumlah pinjaman korang yg tentukan.

b) BANK KOPERASI

Bank ni menwarkan dividen tetap 10% setiap tahun. Nak dibandingkan dgn simpanan di dalam akaun biasa, bank just bg 1% setahun. Bank Koperasi akan simpan duit kita dalam bentuk unit saham, dan minimum kita kena beli RM500. Mungkin agak tinggi, tapi pulangan lumayan. Maksimum pelaburan kat sini RM5000.

c) Koperasi HPA

Ramai yang dah tau pasal HPA ni, tp ramai yg tak tau pasal pelaburan yg dia offer. tahun lepas HPA bagi hampir 14% kpd pemegang sahamnya.( kalau tk silap aku). Tp yg pasti sgt tggi nak dibandingkan dengan pelaburan lain. minimum untuk permulaan RM200 dan mesti menjadi ahli HPA dulu iaitu RM30 utk daftar jd ahli. Korang boleh kira sndr brp untung korang boleh dapat.

3) Peluang dan kemahuan 


PELUANG ada di mana2. cukup la aku kongsi yang ni dulu. Yang penting KEMAHUAN. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. InsyaALLAh sama2 dapat memajukan diri..

Thursday, October 29, 2009

Through My Window...

Mungkin ramai yang dah tau pasal lagu ni.Tp, bagi yang tak tau lagi, aku boleh cerita skit2.Ia sebuah lagu yang menarik tapi misteri..kenapa misteri??Sebab pada awalnya lagu ni dihantar kpd pihak media tanpa sebarang nama kumpulan atau penyanyi,tapi cuma ada URL www.everyoneconnet.com.Aku pasti ramai da penah dengar kat radio.So, hari ni da terjawab misteri tu..ni merupakan satu cara band underground merealisasikan hasrat 1 Malaysia iaitu melalui muzik..Korang boleh tengok sendiri kat dalam website tu..Sbnrnya lagu ni banyak versi..maksudnya ramai artis2 tempatan yang nyanyi lagu ni..korang boleh tengok kat website tu..dah, cakap banyak melalut pulak..Download je ar..senang citer..jom njoy sama2..yeah!MySpace


Connection Make Anything Possible!
Let's get connected and unite each other... 




Download Lagu ni----> Through My window- Bunkface

Tuesday, October 27, 2009

Wajarkah???

Wajarkah engkau membenci/meluat pada orang lain orang lain?MySpace

"Isy,menyampah la aku tg prangai dia tu..poyo jer".

"Eleh, nak mencapab la tu...tkde keje lain".

"Hm..kalau cantik tkpe jugak..x sedar diri betul".

Ini merupakan luahan perasaan yang sering aku dengar hampir setiap hari..tak terkecuali, diri yg khilaf ini kadangkala tak lepas melepaskan perasaan yang sama.MySpace(sapa rasa pedas,dia la makan cili)Aku x perli sapa-sapa pun.Just, terdetik rasa di hati..Siapa aku nk persoalkannya??Ya..kita lupa bahawa diri kita juga dipandang oleh orang lain..Yakinkah kita bahawa kita sangat disukai oleh orang lain??Mampukah kita menyenangkan hati orang lain setiap masa?Mungkin YA,mungkin jugak TIDAK..Aku sedar, sebagai manusia biasa, tak mungkin aku mampu menyenangkan hati semua orangMySpace..Yang aku mampu, Cuba sedaya upaya untuk menyenangkan hati orang lain..Pendek kata, jaga hati orang lain. Hmm..timbul pulak lagi satu masalah..Hati sendiri sapa pulak nak jaga??MySpace(dah..makan ati le pulak)dah tu mula la nak jadi sensitif dgn orang lain..

Hakikatnya, sebagai manusia, kita perlu bijak membawa diri.Setiap hari kita perlu memaafkan org lain sebab tak semua orang kita boleh minta maaf.Ye tak? Beri salam jika bertemu kawan-kawan sebab salam tu boleh menyuburkan ukhwah. tak caya, buat la..Bandingkan dengan org yg kita angkat tgn shj bila selisih, org yg kita cakap hai, hallo, hoi atau apa2 lagi..bandingkan jugak dengan org yg ita bagi salam..lagi satu, salam tu doa..jgn lupa..MySpace

da melalut aku ni..aku cuma termenung dan terpikir benda ni..harap sama2 mendapat manfaat.InsyaAllah.


Yang benar,

Aku yg jd baik tiba-tibaMySpace

Friday, October 23, 2009

Untuk Dijual...



Benda ni bukanlah lukisan atau poster, tetapi Cross stitch yg telah siap diframe kan..

Jadi,apa keistimewaannya??

1) Boleh dijadikan hadiah yang amat unik
2) Sgt istimewa kerana ia merupakan hasil kerja tangan yang amat halus dan seni..

3) Siap dengan frame dan kaca yg tidak berbayang.

so, bg yg berminat, boleh email kat aku di bentosenseigmailcom..




Frame dgn ukiran spesel...

Tuesday, October 13, 2009

Sedarkah kita??

Sedarkah kita bahawa tiap-tiap sesuatu yg ada di sekitar kita adalah amat berharga?pernahkah kita hargai atau syukuri??sejauh mana rasa syukur, rasa terima kasih yg kita tunjuk atau ucapkan?? Waktu kt camping haritu, aku diberi peluang melihat satu kejadian..wktu tu kami tkda apa2 aktiviti. Ikutkan kami perlu buat latihan untuk sesi penilaian pada malam nanti. Bayangkan, dari pukul 10 pagi lagi kami da tecangak tnpa aktiviti..so, nk jadikan cerita, ada sorg membe ni pegang paper..then sorg2 berhimpun keliling dia untuk tgk paper tu sama2.Aku pun join jugak..boring punya pasal.. Tiap2 helai kami tengok. Tiap2 perkataan kami baca. Tiap2 gambar kami teliti. Sampaikan mekap org tu tebal ke nipis pun blh kami perasan. Then baru aku sedar, paper tu paper lama..da dua hari pun..kalau sebelum2 ni, paper baru pun buat pandang sepi ja..sikit pun tak peduli. sekarang benda tu la yg jd hiburan paling hebat waktu tu..aku tersedar..selain dari paper, mungkin banyak benda yang kita sering terlepas pandang. peluang yg dtg hari2, mgkn kita sia-siakan..teringat satu petikan ceramah..kalau diberi peluang org yg dah mati tu hidup balik, 5 minit pun cukup la. Pasti org tu akan beribadat secukupnya..moralnya kat cni, hargai pa yg ada di sekitar kita..masa, org yg tersayang, kehidupan, harta benda, ilmu, kawan2..macam2 la..renung2kan..

Tuesday, October 6, 2009

Kucing...

Badannya kurus menampakkan tulang rangkanya yang kecil.Matanya mulai tertutup.Jalannya seolah-olah merangkak.Dia sakit barangkali. Bila dipegang, dia menjilat-jilat seperti sangat kelaparan. Rasa kasihan menebal. Aku mendakap anak kucing yang bewarna keperang-perangan itu. Tiba-tiba muncul seekor kucing betina dan seekor anaknya dari celah meja di pasar itu. Sekilas pandang dapat ku agak bahawa itu ibu kepada anak kucing yang kudakap. Hati mula berbelah bagi, hendak ambil atau tinggalkan semula anak kucing tersebut. Aku renung ibu kucing yang uzur tu. Badannya menggeleber. Matanya hampir tertutup. Sakit juga barangkali. Anak kucing yang di sebelahnya, warna keperangan, mungkin saudara anak kucing yang kudakap tadi. Macam mana ni?Aku berfikir. Tubuh kurus dan mata daif terus memandang seolah-olah merayu.

Akhirnya, aku ambil anak kucing yang aku dakap tadi. Alasannya, anak kucing itu lebih kurus dan lebih lemah berbanding anak kucing yang ada bersama ibunya. Pada fikiranku, biarlah ibu kucing itu menjaga anaknya yang lagi seekor. Aku yakin, dengan makanan dan perlindungan yang aku sediakan nanti, mesti anak kucing itu sihat kembali. Sampai di rumah, aku terus sediakan makanan, air dan tempat tinggal untuknya. Hatiku senang melihatnya yang sedang berehat di dalam sangkar. Aku pasti, dia hampir selamat. Insya Allah.

Selang beberapa hari, matanya masih lagi tertutup. Badannya masih tiada perubahan. Hari berikutnya, aku mendapati dia telah mati. AKu terdiam. Sedangkan di rumah yang lengkap dengan makanan dan perlindungan pun boleh mati, apatah lagi di pasar, aku rasa tentu ibu dan saudaranya mengalami nasib yang sama.

Rasa ingin tahu telah membawa aku ke pasar semula. Itupun setelah 2 bulan lebih berlalu. Aku terkejut. Kelihatan anak saudara kepada kucing yang aku ambil sedang berlari riang bersama ibunya. Badannya sihat, segar dan gemuk. Hatiku terhiris,menyesal dan bersalah. Ternyata aku bersalah kerana 'memisahkan' anak kucing itu daripada saudara dan ibunya.

Aku lupa, binatang pun perlukan kasih sayang..Itu baru anak kucing..Bagaimana dengan manusia???

*dipetik dari buku Nota Hati Seorang Lelaki, karya Pahrol Mohd.Juoi

Akhir Rasa Ini

Semenjak dua menjak ni, aku rasa macam-macam.

1. Rasa nak minta maaf kat semua orang
- aku rasa kalau boleh aku nak jumpa dengan semua orang yang aku kenal dan minta maaf. Kawan aku kata, kalau ada rasa macam tu, baik cepat2 buat. So, aku amik kesempatan ni untuk minta maaf kat korang semua.

2. Rasa nak mati
- Ni bukan nak nak bunuh diri. Tapi rasa macam kematian tu makin hampir. Aku pernah baca pasal tanda-tanda kematian semakin dekat, tapi aku da lupa la..Nauzubillah.Doakan umur aku panjang ye..

3.Rasa hambar
-Rabu nanti aku kena camping untuk Unit Beruniform kat Sg. Petani. Selalunya bila nak camping aku excited, tapi kali ni tak pulak. Mungkin sebab tempat tu dekat sangat dengan tempat aku. Lebih kurang 30 minit dari IPGM aku ni.

4. Rasa nak amik gambar dengan orang yang tersayang.
- Aku sayang maktok aku, aku sayang mak aku, aku sayang ayah aku, adik-adik aku. Aku rasa nak amik gambar dengan dorang, dan simpan dalam wallet. Korang ada simpan gamba parent korang?ada begambar dengan dorang?Kalau belum, buat la sebelum terlambat.

So, aku rasa pengajaran paling bermakna dari post aku ni, buatlah sesuatu sebelum kita menyesal, sebelum masa kita pergi atau sebelum orang-orang yang tersayang dah takda.

Saturday, October 3, 2009

Jawapan IQ Test=)

Jawapannya, nyanyikan lagu Happy Besday!!!

Monday, September 28, 2009

IQ Test

Bayangkan korang dalam situasi ni. Korang terikat kat atas pokok tu dengan lilin yang membakar tali tu.. Seekor snga sedang tunggu untuk membaham korang. Apa yang akan korang wat untuk survive?? Jawapan akan diberi kemudian.

(tinggal jawapan dalam comment)

Raya Kali Ini

Selalunya, raya bagi aku hanya terasa sehingga solat sunat aidilfitri..Habis je solat, hilang dah feeling nak raya tu..Maybe sebab dah besar. Dulu kecik-kecik lps smyg raya da x sabar-sabar nak pi jalan-jalan. Habis satu kampung Sg.Acheh aku singgah. Tapi, tahun ni raya membawa erti yang berbeza buat aku.. Sehari sebelum raya aku bawak tok aku pi ambil adik bongsu dia. Raya ketiga aku bawak tok aku pi raya umah adik ketiga dia dan last sekali aku pi umah adik ipar dia raya kelima. Masa aku kecik dulu, kami akan berkonvoi dan beraya ke rumah sedara kami yang jauh. Nampaknya tugas tu dah mula beralih ke tangan aku dan Alhamdulillah, aku sampai kerumah diorang. Duit raya??Hehe..aku dapat banyak lg. Dulu rekod aku paling banyak setakat RM113.Tu pun habis pusing satu kampung. Tahun ni lagi banyak. Hampir RM300 kot..lagi besar, lagi banyak duit orang bagi..Syukur..Raya tahun ni bermakna buat aku..

Friday, September 18, 2009

Salam aidilfitri..


Kepada semua pengunjung,pelawat dan rakan2 blogger...Dilala, Hayatito, Cik Lumut, Zelo55, Nescafe Ais, Honeys, Mazhad, Mirul, Cikgu Math, Yan, Leo serta semua anak2 murid...(maaf la kalau tk tersebut semua)..Selamat Hari raya..Maaf Zahir dan Batin..Terima Kasih atas sokongan korang selama ni..cewah..moga panjang umur,murah rezki..pandu cermat2,kereta selamat,jiwa pun selamat, duit lagi la selamat..hehe

Wednesday, September 16, 2009

Semua Tentang Kita(All About Us)

Aku merenung ke luar jendela..sengaja membiarkannya terbuka..angin malam yang sepoi-sepoi bahasa membuai aku lebih jauh..jauh kepada kenangan silam..

*******

Hari ini hari pertama aku di sini..tempat yang begitu asing bagiku..Pekan Changlun..Pertama kali menjejakkan kaki di sini..untuk melupakan penat setelah hampir empat minggu aku cuti selepas SPM..Seperti yang dijanjikan, sahabatku tiba menjemputku..

"Wan, lama tak jumpa..Apa Khabar sekarang??". Sapa Zelo yang sambil tersengih panjang..Memang itulah perangainya sejak aku kenal dengannya di sekolah dulu.Tak lekang mulutnya dari senyuman."Tak la lama sangat, baru turun bas, hang dah mai", balasku selamba yang begitu senang hati dengan sikap tepati janjinya.."Jom,mesti hang dah penat". Aku mengikut Zelo menaiki perut teksi menuju ke rumahnya.

**************

" Apa plan hang lepas ni?". Aku yang asyik menyusun barang terkejut kerana disapa tiba-tiba."Uisy, hang ni. Selamba koboi ja gempaq aku lagu tu. Kus semangat aku", getus aku yang masih lagi terkejut. seperti biasa, Zelo tersenyum."Apa sengih-sengih?", tambahku lagi. "Relaksla Wan. Aku melawak ja.. Sorry ok, nanti aku belanja hang makan". Seloroh Zelo yang memang suka berguarau. " Yelah tu. Hang tanya apa tadi? Plan? Erm, aku rasa aku nak pi cari kerja dulu la. Kalau nak sambung belajaq, aku bukan macam hang. Aku plan nak kumpul duit, pastu aku nak bisnes. Hang pulak?". "Aku mungkin akan ke luar negara tak lama lagi. Aku baru dapat Offer Letter last week. Saja aku tak mau habaq kat hang. Nak surprise", kata Zelo. Aku tak terkejut dengan kejutannya. Memang sudah ku jangka, ke mana benih yang baik kalau tidak menjadi benua di tempat yang terpilih. "Tahniah Zelo. Aku bangga ada kawan macam hang. Walaupun aku tak dapat pi sana, kurang-kurang hang pi pun jadi la. Jangan lupa kat aku no. Aku teringin la nak pegang salji. Nanti hang pos kat aku boleh dak?"."Mengarutlah hang ni. Mesti la salji tu cayaq. Tapi takpa. Demi kawan baik aku, aku pos kat hang nanti. Insya Allah".

****************

"Rabbana aatina fiddunya hasanah, wafil aghiratilhasanah, waqina a'zabannar". "Wan, hidup kita tak tentu. Kita tak tau sampai bila kita hidup", tutur Zelo memulakan tazkirahnya. "Aku bukan nak belagak pandai, cuma aku selalu terfikir, aku takut kalau esok aku dah tak dak. Sapa nak jaga mak dengan ayah aku. Aku pun tak sempat nak tunaikan janji aku nak hantaq depa pi Haji. Wan, sementara usia kita ada ni, sama-sama kita bersyukur. Moga Allah panjangkan umur kita dan kita tak lalai dalam kehidupan kita, Insya Allah. Aku mengangguk tanda setuju. Memang benar apa yang dikata oleh Zelo. Walaupun selalu aku mendengar tazkirah seperti ini, entah mengapa malam itu aku rasa tersentuh sangat. Mungkin sebab perasaan ikhlasnya nak menjaga kedua orang tuanya. Aku sekali lagi kagum dengan Zelo. Tidak ramai anak muda yang mempunyai hati sepertinya. "Insya Allah Zelo. Sementara hayat masih ada, kita sama-sama manfaatkannya, ok". "Zelo, tu blog hang tu, http://zelo55.com ,da siap ka? Mai la aku nak tengok. Nanti ajaq aku pulak boleh?", pintaku. "Alright". balas Zelo.

***********************

"Aku rasa x sedap hati la Zelo", rungutku perlahan. "Awat ni? Takkan teringat ghumah dah kot?" seloroh Zelo. "Bukanla. Aku rasa macam ada something yang tak kena". Sambungku lagi. Zelo memandang tepat ke arah aku. "Relaks Wan, Insya Allah semuanya ok. Istighfar banyak-banyak. Kalau ada apa-apa, aku kan ada". Tutur Zelo cuba memberi semangat kepada aku. " Eleh, hang ingat hang super hero ka?", kataku sambil tersengih. Sekurang-kurangnya hatiku lega sedikit. Kata-kata Zelo benar-benar memberi semangat kepada aku. Aku kembali mengira stok barang-barang runcit di depan mataku. "Banyak lagi barang nak kena kira ni", kataku di dalam hati. Memang beginilah rutin kami apabila tiba hujung bulan. Stok mesti dikira untuk tentukan hasil jualan. Sedang asyik aku mengira, aku terdengar dentuman kuat di luar kedai. "Zelo!". Aku tersentak. Entah mengapa namanya terpacul keluar dari mulutku. Aku bergegas keluar. Aku sebuah lori terbalik di dalam parit. Orang ramai mengerumuni tempat tersebut. "Zelo!Zelo!" Jeritku. Aku segera berlari ke arah orang ramai berkumpul. Seorang pemuda yang amat aku kenali berada di situ. Aku kaget, panik dan tergamam. Tak dapat aku tahan perasaanku. Air mataku berjurai. "Relaks ok, bawak bertenang". Aku tak mempedulikan sapaan tersebut. "Wan, relaks la.Jangan la emosi sangat"."Macam mana aku tak emosi, aku baru ja beli moto tu. Hutang pun tak habih lagi. Aku baru ingat nak bagi kat ayah aku", kataku sedih melihat motosikalku hancur di situ. " Tu la hang. Yang hang parking ketengah jalan tu buatpa", getus Zelo. "Aku kalut sangat tadi.Lupa dah nak pebetoi parking moto tu", jawabku.

************************

Alhamdulillah, semua dah selesai. Nasib baik insurans cover motor hang", kata Zelo sambil tersenyum. " Terima kasih Zelo. Kalu hang takdak, aku pun tak tau nak buat cemana lagi. Aku bukannya reti sangat bab-bab insurans ni". "Nasibla aku ada belajaq sikit dengan ayah aku, berguna jugak ilmu tu kan?", tmabah Zelo. Aku lega. Aku beruntung kerana mendapat rakan yang baik seperti Zelo.

***********************

Aku tersentak. Panggilan ibuku kembali mengejutkan aku dari lamunan yang panjang. Aku tersenyum sendirian, mengenangkan seorang sahabat yang jauh di perantauan. Hanya laman http://zelo55.com yang menjadi tempat kami berkongsi cerita. Semoga berjaya di sana Zelo. Aku sentiasa mendoakan kejayaanmu.


p/s : cerita ini hanya rekaan semata-mata. Cerita ini direka untuk menyertai contest di http://zelo55.com/. So, ending cam huru-hara sikit. 1st beb aku wat cerita camni..

Aku dan Bazaar Mini..

Alhamdulillah..dah dua hari berhempas pulas(yelah tuu..), akhirnya aku sekali lagi berdiri dengan gerai aku yang tersergam indahMySpace(indah la sangat..)..Nway, tahun ni ada peningkatan..segalam macam benda aku jual(sampai ada yang komplen)..mau taknya,semua yang dorang nak jual, semua aku dah jual(sembang lebat jer..).haha,biarla..aku buat tak tau jeMySpace.Tahun lepas aku jual 'kek kukus' dengan 'cup cake' je..Tahun ni aku jual Kerepek, Kek, Kuih Raya (Short Bread Caramel), Gelang Kristal, dan tak lain tak bukan, Trendsetter, perfume yang aku promote dalam blog ni..So, merasa la jugak aku menjadi peniaga bazaar..Yang menariknya, aku utamakan kerepek, tapi yang laku perfume plak..tak tau mana silapnya..kali ni kerepek aku tak laku..MySpace(kecewa..sebab banyak lagi tak terjual)..Nak je aku pos kerepek tu kat Cik Lumut..Kat Dilala pun aku nak pos jugak..Kat Hayatito..MySpaceEh, senang kata aku nak bagi kat semua orang la..hahaha..tu satu pengalaman baru untuk aku..rupa-rupanya orang takut nak beli besar-besar..orang lagi suka paket seringgit dari 4 bungkus sepuluh ringgit.aku betul2 buntu sekarang..modal pun tak balik lagi.MySpace.
Tengok la tu..background aku rasa perfect dah..aku rasa gaya aku kot yang tak kena..cadang nak pakai kemeja..panas sangat pulak..sebab lepas tutup gerai,kena angkut meja-meja tu naik tingkat satu pulak..atau mungkin susun atur barang-barang kot..tapi takpe la..adat la kan..mana ada orang menjual sentiasa untung..kurang2 benda lain laku jugak..(terlupa pulak aku nak bersyukur)..sekarang baru terfikir..apa2 pun yang jadi, baik atau buruk, yang penting bersyukur dulu..

Monday, September 14, 2009

t r e n d s e t t e r p e r f u m e

y o u r d e s i r a b l e f r a n g r a n c e s


Ini adalah produk terbaru yang aku nak perkenalkan kepada korang. Aku tau, ramai tergila2 dengan dengan satu jenis perfume ni, tapi perfume yg aku nak perkenalkan ni dijamin kualitinya. Kenapa dijamin???

1. Pati perfume ni lebih pekat dari mana2 perfume yang ada sekarang ni.
2. Bau dijamin tahan dua hari lebih(aku dah cuba utk diri sendiri dgn baju yg dipakai sehari suntuk)
3. Saiz yang pelbagai dengan harga yang dijamin menguntungkan anda.
4. Anda akan diberi satu uncang dengan setiap pembelian. Dijamin lebih eksklusif!
5. Sesuai juga dibuat cenderahati.
6. Di datangkan khas dari kota Perancis.

mengapa harus pergi jauh??...

hingga ke barat atau timur untuk memiliki haruman idaman sedangkan anda boleh memilikinya disini...

terkini buat anda di malaysia..

butik pewangi diri berjenama antarabangsa untuk anda miliki pewangi idaman anda...


Senarai perfume yang terkini :

LELAKI

Inspired by……. TS 01 M DAVIDOFF- Cool Water Men

Inspired by……. TS 02 M GIORGIO AMANI –Black Code

Inspired by……. TS 03 M DUNHILL – Red Desire

Inspired by……. TS 04 M DUNHILL - Blue Desire

Inspired by……. TS 05 M BVLGARI Men

Inspired by……. TS 06 M BURBERRY – Brit Men

Inspired by……. TS 07 M VALENTINO-Gold Men

Inspired by……. TS 08 M CALVIN KLEIN-Eternity

Inspired by……. TS 09 M TOMMY HILFIGER – Men

Inspired by……. TS 10 M TOMMY HILFIGER – Boy

Inspired by……. TS 11 M MOUNT BLANC – Starwalker

Inspired by……. TS 12 M CLINIQUE-Happy Men

Inspired by……. TS 13 M HUGO BOSS - Men

Inspired by……. TS 14 M GIANNI VERSACE-Blue Jeans

Inspired by……. TS 15 M RALPH LAUREN Polo Sport

Inspired by …..... TS 16 M DUNHILL- Pursuit

WANITA

Inspired by……. TS 01 W CAROLINA HERRERA - Sexy Women

Inspired by……. TS 02 W RALPH LAUREN - Romance LPV

Inspired by……. TS 03 W ESTEE LAUDER-Pleasure

Inspired by……. TS 04 W BURBERRY Women

Inspired by……. TS 05 W BODY SHOP - White Musk

Inspired by……. TS 06 W ESCADA-Ibiza Hippie Women

Inspired by……. TS 07 W PARIS HILTON -Star Women

Inspired by……. TS 08 W CALVIN KLEIN Women

Inspired by……. TS 09 W CAROLINA HERRERA 212

Inspired by……. TS 10 W HUGO Women

Inspired by……. TS 11 W CHANEL Allure

Inspired by……. TS 12 W DAVIDOFF - Cool Water Women

Inspired by……. TS 13 W CLINIQUE - Happy Heart

Inspired by……. TS 14 W CHRISTIAN DIOR – Addiction

Inspired by……. TS 15 W LANCOME- Miracle Women

Inspired by……. TS 16 W JENIFER LOPEZ-Still Women

Inspired by……. TS 17 W ELIZABETH ARDEN - Britney Spears

Inspired by……. TS 18 W BODY SHOP - Apple Blossom

Inspired by……. TS 19W HUGO - Deep Red

Inspired by……. TS 20 W TOMMY HILFIGER – Girl

Inspired by……. TS 21 W GIORGIO ARMANI- Aqua Di Gio Women

Inspired by……. TS 22 W CACHAREL-Amor-Amor

Inspired by……. TS 23 W CALVIN KLEIN - Truth Women

Inspired by……. TS 24 W CHRISTIAN DIOR- Jadore Type

Inspired by……. TS 25 W ARMANI – Elle

Inspired by……. TS 26 W CHANEL - Amore girl

Inspired by……. TS 27 W LACOSTE - Touch Of Pink

UNISEX

Inspired by……. TS 01 U DAVIDOFF Cool Water Game

Inspired by……. TS 02 U DKNY (DONNA KARAN)- Delicious

Inspired by……. TS 03 U ISLAND KISS LPV

Inspired by……. TS 04 U ISSEY MIYAKE

Inspired by……. TS 05 U CALVIN CLEIN- CK One

Inspired by……. TS 06 U GREEN TEA

Harga :

3ml - RM12

5ml - RM 17

10ml - RM 25

Untuk pos, harga seperti yang tertera dalam jadual tu..

Kalo berminat, jangan berlengah lagi..hubungi aku=)

Friday, September 11, 2009

Promosi Raya

Tawaran hebat sempena hari raya..Tempahan pelbagai jenis kerepek pada harga borong...

Pakej A
Beli 3kg kerepek (boleh campur aneka kerepek), FREE 500g kerepek terpilih.

Pisang Manis - RM35
Pisang Masin - RM35
Ubi Pedas Basah - RM28
Ubi Pedas Manis - RM27
Ubi kayu masin - RM28
Kerepek Bawang - RM27

Pakej B
Aneka 3 jenis kerepek 400g dgn harga RM15 sahaja!!!

Pakej C
Beli 500g kerepek pada harga seperti berikut:

Pisang Manis - RM8
Pisang Masin - RM7
Ubi Pedas Basah - RM7
Ubi Pedas Manis - RM6
Ubi kayu masin/kari/black pepper - RM7
Kerepek Bawang - RM7
Kerepek Opak (Bika) - RM8

Tempahan boleh dibuat melalui e-mail bentosensei@gmail.com

Contoh tempahan:

Pakej A Pisang Manis 2, Opak 1

Kerepek yang dibeli akan dihantar melalui pos. Cas pos adalah seperti berikut :

Cepat!!! Sementara promosi masih ada...

Wednesday, September 9, 2009

Kerepek oh kerepek..

Salam semua..Alhamdulillah, akhirnya bermula jugak bisnes kecil-kecilan aku dengan En.Kerepek niMySpace.. Dalam ak duk teragak2 nk mula, akhirnya ak memulakan langkah pertama.. So far, ak mula dgn pek promosi..Ak pek kecik2 dgn harga RM 1 utk sebungkus..ak round 1 floor, laris jugakMySpace..dgn modal RM50, ak berjaya dptkan RM34 utk 1st round..harap boleh dapat lg utk round kedua dan seterusnya esk. Thanks a lot kpd semua yg memberi sokongan, terutama mak ak yg tk putus2 bg smgt dan idea kt aku..So, dr citer ni mungkin blh jd sedikit panduan utk korg mulakan bisnes kecil-kecilan ni..InsyaAllah, sama2 melangkah ke alam usahawan..MySpace..yosh! Kerepek yg siap di pek..Siap timbang lg tu..

Monday, September 7, 2009

All The Best!!!

so, sampai jugak kita di garisan penentu..UPSR..kpd semua anak didik cikgu..relax sudah..cool aje..jgn gabra2 sgt..kita da try semua soalan dah..InsyaAllah semua bejalan lancar..yg penting jaga kesihatan diri baik2..nk main mercun lepas raya okey..kita bakar ramai2 kat masjid..hahaha..nway, kt sini disediakan senarai semak apa yg perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas periksa..Check them out!

SEBELUM PERIKSA
1. Pastikan semua alat tulis disimpan dalam beg..Pensel mesti tajam, pemadam dan pembaris jgn lupa bawak..
2.Bawak lebih dari sebatang pensel..jgn bawak satu je..masa periksa xdak masa nak asah2 dah.
3.Pastikan ingat no IC atau surat beranak. Kalau takut lupa, tulis atas ketas, letak dalam beg yg akan di bawa ke dewan periksa
4.Elakkan makanan yg pedas, jeruk atau apa2 yg mengundang sakit perut
5.Tidur awal.

SEMASA PERIKSA
1. Baca semua arahan dengan teliti. Baca arahan dengan terperinci.. Pastikan Alert dgn perkataan 'TIDAK' atau 'BUKAN' yang tersapat dalam soalan.
2. Jawab dgn tenang. Jgn terburu-buru. Jgn tgk org sebelah..Buat ikut pace sendiri.
3. Kalau siap awal, semak semula berulang-ulang kali. Gunakan masa yg diberi dgn sepenuhnya!

SELEPAS PERIKSA
1. JANGAN berbincang soalan dengan rakan2..
2. Fikirkan kertas utk esok pulak..Yg dah habih hari ni biarkan habih,jgn fikir2 dah
3. Rehat secukupnya
4 Semak nota2 ringkas yg ada.
5. tidur awal utk kertas esok.
6. Berserah, beratwakal, berdoa dan jangan lupa bersyukur.







Semua Tentang Kita

Hari ni hari yg sedih jugak utk aku...Hari ni hari terakhir ak ngn bdk2 daja 6 Arif n daja 6 Dinamik..Hampir 6 bulan ak ngaja m3 utk kelas dorg ni..xde kenangan pahit, semuanya manis je..ak njoy sgt ajar dorg sbb sorg ni bersemangat nak belajar..tak kira berapa bykpun latihan ak bg, laju je dorg siapkn..moga ALLAH beri kejayaan kt dorg semua..Ckgu sentiasa doakan kejayaan kamu,bukan saja utk UPSR, tp utk sepanjang hidup..moga jadi org yg berjaya dan berguna satu hari nanti..Special tribute to :


Kelas 6 Arif

Raziq- bdk paling bising dlm kelas
Ady- Penyokong kuat Chelsea
Amirul-ak slalu konfius ngn zulzafran
Ammar
-diam2 berisi
Muiz- sentiasa meningkat
Nizar- mcm MB Perak la
Aniq- slalu x mai..haha
Zulzafran-jarang sembang ngn ckgu
Fatin- terer math
Puteri- sentiasa nk blajar
Farizatul- peningkatan mendadak
Syamimi a.k.a Syamomot- Hai!
Solehah(Ming2)- Hai jugak..bdk2 dua org ni suka main2 ngn ckgu..tp mmg da pandai pun
Amirah- Senyap jer..
Nadia- pun senyap..pemalu agaknya..
Sheedah- pemalu jugak kot.
Faeizah-bdk yg ceria dan becok...haha
Farhana- x da transport nk dtg dah
Khaleedah-walaupun sekejap kita jumpa..

Kelas 6 Dinamik

Naim- cucu bilal
Taufiq- bdk smart
Mirza- genius math
Aida- Player hoki negeri
Ainul- lps kena marah dah jarang dtg..byk gelak..ceria
Hafizi- si kembar..
Hisyam- byk peningkatan
Sarvesri- ssh nk eja nama dia..diam tp pandai m3
Wahdi- bdk indon..mai skali ja..

P/s : Sorry kalau nama kamu xdak kat dlm list ni..tlg bgtau k..mgkn sy tk prasan..

Nway, mari kita sama2 doakan kejayaan generasi akan datang ni..moga berjaya dalam hidup.AMIN...kat cni ada satu lagu khas utk kamu semua..


Setelah Lama Menyepi...

Wah..akhirnya ka kembali dapat bersuara kat sini..spjg mggu lps ak x dapat connection tenet kat bilik ak..mggu lepas jugak ak terlalu sibuk ngn sekolah..last week ak mendaftar di SK CONVENT GREEN LANE...best sgt skul tu..ap yg best??of course ar bebudak die..ceria jer..hm, walaupun aku kat situ selama 4 hari je, tp ak rasa mcm da lama je kat sek tu..ckgu2 kat ctu pun best jugak..bley wat sembang mcm kwn sebaya je..nway,thanks a lot to those who gave me memories..hope i can go back to that school..=)
Budak2 yg kiut lg sporting=)

Budak2 5SB yang tekun belajar(mana dtg la bdk kt tepi tu)

Lagi gamba 5SB
Gamba bdk2 5SB byk sbb ak dpt chance masuk kelas tu..sempat la ak ngaja sastera kat dorg..
Malangnya nasib ak sbb gambar2 yg lain rosak..sumernye salah kamera ak..(ak nk beli digicam lak pasni)...nway, thanks kpd semua yg buat ak rasa happy kat skul ni..To Ustaz Hafiz yg bg chance utk ak bg tazkirah, to Syuhada, Dina, Anies, Ct A, Ct K, Putri, Aina yg smgt ngn team futsal, to Fatin and the gang(sorry tk ingat semua) yg sudi di interview, to cikgu Mariani yg share pglmn hdup, to Celine and bdk2 5SB yg wat kelas tu happening...haha..kbnykn nama2 yg ak mention sumer nama student kat ctu..skul ni All Girls..tp, ng ak, skul tu akan jd best bile bdk2nye frenly..I'll be back CGL..

Sunday, August 30, 2009

Erti Kemerdekaan

Atas masalah teknikal, post ni dah jadi huru-hara.So, bawah title yg sama, ak post skali lg..nak make sure video ni dapat dilihat oleh semua..harap kita dapat mencari erti kemerdekaan yg dah lama kita lupa..Jom kita tgk detik2 kemerdekaan pd 31 Ogos 1957..kenangi kemerdekaan pertama kita..




Kat bawah ni pulak merupakan ucapan Bapa Kemerdekaan kita..Beliau menceritakan rentetan perjuangan beliau dan rakan2 dalam usaha membawa kemerdekaan di Tanah Melayu..(kalau tk dgr pasang speaker kuat2)

Wednesday, August 26, 2009

Projek A : Air Soya

Ada sorg membe bg resepi air soya kat aku..tiba2 ak tertarik nk try buat..mane la tau, kalo sedap boleh jual MySpace..Ak dah buat semalam..erm, boleh lah..mak aku ngn adik ak kate sedapMySpace..so ak nk kongsi ngn korang cara2 buat air soya..untung2 blh jd projek kumpul duit utk bulan posa ni..MySpace

Step 1 : Beli Kacang Soya

Ni la kacang soya yg siap ditimbang..
dalam 250g ckup la utk 4-5 org minum..




Step 2 : Rendam
Rendam 4-5 jam..korang akan dapati
Kacang2 soya td akan mengembang




Step 3 : Toskan dan Rebus
MySpaceRebus 30min
(Gambar Hiasan)

Step 4 : Blender
lepas rebus, toskan kemudian blend dgn 2 cwn air.ingat, air tu letak sket2 utk dapat pati soya..
Ni rupa kacang yg da siap diblender




Step 5 : Perah
Nk perah kena guna kain..ni penting utk sedapkan rasa soya..kalo guna penapis teh misalny, pati2 soya yg halus akan masuk dlm air soya..jd x sedap wktu minum nnti

Step 6 : Masak
ok..last skali..masak dgn api yg pelahan smpai mendidih..boleh letak gula dlm 4 sudu besar( nk krg atau lbh pun tkp) .. boleh jugak letak garam secubit utk tmbah rasa lemak dlm susu soya korg.. ingt, api yg kuat buat soya korg hangit..step ni jugak penting utk jadikan soya yg sedap..

Orait..Selamat mencuba!!MySpace