Sunday, November 29, 2009

Kesedihan, kegembiraan dan kesyukuran...

Hm, tema post aku slalu tak lari drpd perkara2 mcm tu..kenapa? sebab itu yg aku selalu tempuhi dalam hidup aku..start dari mula exam, sampai semingu cuti sekolah, aku langsung x sempat nk update blog aku..mgkn ada yg sgka aku dah tgglkan blog..tu yg buat aku sedih..aku tak berpeluang nak update macam dulu..tapi, disebalik kesedihan yg aku alami, au sebenarnya tengah bekerja time2 cuti sekolah ni..wat masa sekarang, aku tgh wat keja part time sbg promoter kat sebuah kedai yg terletak di pekan dekat dgn umah aku.

Masuk hari ni dah genap seminggu aku kerja kat situ.Kerja bukan semata2 sebab duit, tapi sebab pengalaman..kat situ aku berpeluang kenal dengan ramai orang yang aku tak pernah kenal..selama ni hidup aku di sekeliling orang2 yang berpelajaran tingg(maaf, tak berniat untuk membandingkan sesiapa), secara tak langsung aku dapat membuat satu kesimpulan yang sangat mudah, tapi cukup padat..JANGAN MEMANDANG RENDAH KPD ORANG LAIN..

Aku bersyukur kerana berpeluang dan diberi peringatan mengenai perkara tu..sebab, walaupun tak belajar tinggi, tapi budi pekerti rasa hormat dan merendah diri tu sentiasa aku rasa ada pada kawan2 aku ni..aku jadi malu dengan diri sendiri..baikkah aku ni??

Aku berani jamin..kebanyakan golongan terpelajar ni lebih mempunyai rasa berlumba.berlumba untuk buktikan siapa hebat.berlumba untuk capai kejayaan dan impian..memang baik dan digalakan untuk berlumba ke arah kebaikan..tapi kita mungkin terlupa, waktu kita berlumba, kita menindas orang lain.waktu berlumba kita tinggalkan kawan2 yang dalam kesusahan..kita tak peduli perasaan orang lain sedangkan kita sentiasa nak difahami orang lain..

Dan, pasti wujud antara kita yang memandang rendah pada orang lain..bila jumpa dengan geng2 mat rempit, kita secara spontan akan tergerak dalam hati, Isy, teruk betul dia ni..
takpun, selisih la sapa2 pun yang pelik pada pandangan kita..sure ada negative feeling.kenapa?tak teringat ke Allah menjadikan sesuatu atas sesuatu sebab jugak?lupa ke hidup kita ni macam roda? percaya atau tidak, perkara yang sama mungkin akan kita hadapi kalau itu rasa hati kita..Aku pelik, kenapa kita susah sangat nak DOAKAN kebaikan untuk orang lain?instead of cakap orang tu dan orang ni teruk, baik kita doakan supaya dia jadi lebih baik..secara tak lansung kita dah terhindar dari dosa mengata.dan secara tak langsung kita menjadi lebih insaf..

Renungkanlah..

2 comments:

  1. huhu.mendalami jiwa n ilmu salesman neyh.bgs.huhu.keep an open mind kan.k.da~

    ReplyDelete
  2. human always judge from the first side w/o seeing another side.
    btw, all the best!kutip pengalaman sebanyak mungkin as an investment for future.

    ReplyDelete