Thursday, November 12, 2009

Lapang sebelum datangnya sibuk...

Hampir seminggu tak update..bukan apa, masa lapang da diganti dengan aktiviti mengulang kaji..Alhamdulillah..selesai 3 paper.Tinggal lagi 2 paper..Ada 5 hari lagi ni..Nampaknya banyak event yang aku terlepas..Nway, tahniah kat Jard sbb dapat no 3..Waktu-waktu macam ni baru aku teringat, kejar 5 perkara sebelum 5 perkara..

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Lapang sebelum sibuk
4. Kaya sebelum miskin
5. Hidup sebelum mati

Mudah,ringakas tapi padat..Selalu pun kita dengar.Tapi jarang kita nak amik masa dan berfikir sejenak. Pada dasarnya, kita diingatkan untuk bersyukur. Tak kira apa jua keadaan kita. Kedua kita perlu ingat setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Ketiga, kita diingatkan tentang masa. Hidup kita tidak statik dan sentiasa berubah. Keempat, kita sama sebagai manusia. Semua orang akan melalui perkara tersebut.. 

 Insya-Allah, tulisan yang ringkas ini diharapkan dapat memberi iktibar kepada kita semua.

1 comment: