Friday, December 10, 2010

Sekian Lama Menyepi..



Sampai satu masa, aku dah kering idea nak menulis dalam blog ni..Dengan Facebook pun jarang nak bukak..By the way, thanks to those who keep telling me to update=).. I'll do my best, wish me luck ;-)

Tuesday, July 27, 2010

Tiada rehat buat aku

Nampaknya, 24 jam aku ni dah terlalu padat..sampaikan blog aku ni dah ditinggal berpuaka..puaka pun tak singgah kot..sori la bro mazhad..xdan nak komen..hari ni baru baca, tp tk komen lagi=)

nway, sekarang ni aku tgh praktikum kat SK Bukit Gelugor..bertambah lagi tanggungjawab aku..skrg ni fokus aku pada sekolah dan kerja..x dapat nak buat benda-benda lain.. ni aku selitkan beberapa gamba budak2 kelas aku..

Tengah wat mathematics kat pokok...


Kat court pun boleh wat jugak..

Ni bukan dendaan, tapi ni aktiviti..Math in the Garden .. aku just apply teori yg aku blaja dalam kuliah dulu..Seornok gak tgk dorang lari nak jawab soalan maths..Sapa kata Maths tk best??

myMetro | Berunding selesai masalah

Sekian lama menyepi, kini kembali dengan satu isu...klik dan baca..

Monday, June 7, 2010

Ceritera baru..

Memperkenalkan..

Si Persona Gedabak plak duk berkhidmat untuk aku..ni dia...



Ni sebelum pasang tinted..baru  6 hari..

Dah 7 hari, tengah pasang tinted..


Sorry, xde niat nak menunjuk..just nak berkongsi cerita saja..yang terasa, harap maaf..so, sekarang ni aku kena kerja lagi keras ar nk bg nafkah kt bini baru aku ni..dan yang penting, doakan aku selamat di jalan raya..


Saturday, June 5, 2010

Cuti..Cuti.Cuti..


Yessss...

Cuti mula lagi..dan plan aku cuti ni nak LEPAK dengan parent aku..and adik-adik aku..
tapi, kerjaku tetap seperti biasa..=(
takpa laa..demi anak murid..

Dannn...

Selamat bercuti semua..gunakan masa lapang sebaik mungkin..ingatlah orang yang tersayang..

Ceritera Sang Cenonet..

Dah 3 tahun DIA berjasa..
dan DIA yang PERTAMA...

* Bawa aku ke mana saja tanpa banyak meragam...
* Kuala Lumpur, Padang Besar, seluruh Penang..
* Dan hari-hari ke tempat aku bekerja..




'TERIMA KASIH '
Viva Cenonetku

Monday, May 24, 2010

Isu Pendidikan

Berita yang aku baca hari ni...

Empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru
  • Memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah
  • Mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan
  • Mempergiatkan sumbangan bekas pelajar
  • Mewujudkan persatuan pesara guru
Konsep ‘masyarakatkan pendidikan’ tak perlu kos tambahan

KUALA LUMPUR: Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, menyarankan empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru di sekolah melalui konsep ‘memasyarakatkan pendidikan’ yang tidak mencetuskan kos tambahan kepada kerajaan.

Empat langkah berkenaan ialah memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah, mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan, mempergiatkan sumbangan bekas pelajar, serta mewujudkan persatuan pesara guru.

Beliau yang bertanggungjawab dalam penghasilan Laporan Abdul Rahman Arshad yang mengandungi 82 perakuan pada Ogos 1996, berkata sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran memberi penekanan serius terhadap pelaksanaan konsep berkenaan, sekali gus memperluaskannya ke sekolah di seluruh negara.
“Menggembleng sepenuhnya kerjasama serta peranan ibu bapa dalam pelaksanaan aktiviti di sekolah, terutama bidang kokurikulum, secara langsung akan membantu guru memfokus kepada tugas pengajaran dan pembelajaran.

“Sebagai contoh, ibu bapa diberi ruang dan kepercayaan untuk mengatur serta mengendalikan penganjuran Hari Sukan di sekolah yang membabitkan banyak kerja di luar bilik darjah dan memakan masa guru selama ini,” katanya kepada Berita Harian.

Akhbar baru-baru ini melaporkan sebanyak 40 cadangan mengatasi beban tugas guru dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan, termasuk mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah.

Abdul Rahman berkata, Kementerian Pelajaran juga harus mempergiat usaha mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan di sekolah sebagai tanggungjawab sosial. 
Dalam konteks ini, katanya, sektor swasta mampu berperanan merapatkan jurang prestasi pencapaian serta infrastruktur antara sekolah di bandar dan pedalaman.

“Matlamat ini boleh dicapai melalui program seperti anak angkat oleh syarikat swasta, tidak kira yang besar mahu pun kecil. Ketika ini, program sedemikian masih kurang dan kebanyakannya hanya terhad kepada sekolah yang majikan syarikat itu adalah alumni.

“Satu lagi langkah berkesan ialah menggerakkan secara aktif sumbangan murid tua’ atau bekas pelajar di sesebuah sekolah untuk membantu guru menjayakan program penting seperti bimbingan kerjaya dan ceramah menghadapi peperiksaan utama,” katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya persatuan pesara guru diwujudkan bagi membolehkan golongan yang kaya dengan pengalaman itu menyalurkan idea untuk membantu Kementerian Pelajaran menangani pelbagai isu berkaitan, termasuk dalam usaha mempertingkat profesionalisme guru.

Sumber ; Berita Harian

Komen aku :

Apa pun, diharapkan dapat memberi sumbangan buat semua, terutamanya guru dan murid tu sendiri..Dah macam-macam perubahan yang kerajaan buat..Paling mengejutkan aku, pasal Lesen Perguruan.. Nasib tak dilaksanakan..

Tuesday, May 18, 2010

Selamat Berjaya..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Kepada semua anak didikku yang sedang menghadapi peperiksaan..

Kepada rakan-rakan seperjuangan..

Kepada sesiapa saja yang singgah di sini...

Entri untuk para pendidik..

Maaf atas kelewatan..Exam just around the corner..Tak dan nak update..

Dulu..bila sambut hari guru,,selalu bagi hadiah kat cikgu..
Hari ni, aku pulak yang disambut..
Aku ingat lagi kali pertama aku menyanyi lagu "Guru Malaysia"
Berdiri bulu tengkok aku..sebab aku macam tak percaya yang aku bakal menjadi seorng pendidik..
Aku harap korang dapat doakan aku utk jadi guru yang terbaik..
Dan aku akan memberi yang terbaik untuk anak didik aku..

Kepada semua guru-guruku..

Tabika Perpaduan Taman Serai Jaya (Cikgu Jamaliah)

Sek. Keb. Matang Gerdu (Cikgu Faridah - BM dan yang aku tak ingat nama..Aku kat sek ni masa darjah 1 je..)

Sek. Keb. Seri Siakap (Cikgu Rahim -Muzik, Ust.Nasri, Cikgu Wahab - M3, Cikgu Sarimah - BM dan lain2 cikgu jugak...Aku kat sek ni dari Darjah 2 sampai Darjah 4)

Sek. Keb. Permatang Tok Mahat (Teacher Rashidah, Cikgu Mat Saad, Cikgu Rodziah, Cikgu Zazol. Cikgu Naemah, Teacher Nooraini dan yang lain2 jugak..aku kat sini Dari Darjah 5 sampai darjah 6)

Sekolah Alam Shah ( Ustzh. Rusuwati, Cik Haslinda, Cik Maryam, Pn. Ku Zaleha, Pn. Noraini..sori..tak ingat semua nama..tapi percaya la..aku still ingat muka cikgu2 aku)

Yang teristimewa...

BUAT AYAH & EMAK

Mohd Hasli b. Mat Hasan
Hasimah bt. Osman

Guruku sejak kecik sampai sekarang..

Sure ada cikgu yang kita ingat sampai sekarang..Nabi pernah bersabda, seseorang yang mengajarkan kamu, walaupun satu huruf, dia adalah guru kamu..*kalau salah tolong betulkan..




Tuesday, April 27, 2010

Sahabat, mari baca dan renungkan bersama...




Hmm..aku suka gambar ni..semua nampak sangat ceria..Hari ni, mereka kecik2 lagi..Tapi, kecik2 cili api..Masing2  ada cita2 yang tinggi dalam hati..By the way, Sorry 3B, tk sempat nk bergambar bersama..Mungkin lain kali=)..

Aku rasa, ramai yg tk tau atau tak sedar..disebalik keceriaan di wajah kecil ni, ada kedukaan yang sukar utk kita fahami..

Aku teringat satu hari...


Monday, April 26, 2010

Minggu Ini..


Thanks to : http://kanevian.files.wordpress.com/2009/03/i_miss_you.jpg

Nampaknya minggu ni bermula dengan permulaan yg baik..tadi aku singgah sekolah kejap, settlekan apa yg belum settle..sempat la jumpa bdk2 kelas aku..hmm, terubat sikit rindu aku..tgk muka dorg pun dah buat ak rasa senang hati sgt2 hari ni..hope can see them again...

Saturday, April 24, 2010

Yang mana satu?


Kerja...Kehidupan...Hati..

Setahu aku, dalam hidup ni, tk semua perkara kita boleh dapat..Tapi, banyak perkara yg kita boleh KEJAR..Cuma, takut yg dikejar tk dapat, yg dikendong berciciran.. Berani nak amik risiko???

Memang senang berbicara, tapi belum tentu mudah melakukan..walaupun secara psikologinya kita boleh memilih sama ada nak senang atau susah, tapi, secara realitinya, macam mana?? Umpama belajar satu teori, tapi amalinya belum tentu mampu terlaksana seperti teori tu..



Memang kita boleh merancang, Tapi Tuhan jugak yg menentukan..

Kalau diri jauh dari rasa BERSYUKUR, maka apa yg kita ada sentiasa tk cukup..Buat itu tk kena, buat ini tk kena..Buat sikit rasa Banyak, Buat banyak rasa letih..Habis tu, nak buat apa lagi?

Entri ni sekadar nak meluahkan perasaan yg aku tengah rasa sekarang ni..

Serabut??agak la..

Teringat aku satu pepatah Inggeris..EVERY CLOUD HAS A SILVER LINING..
So, let's always prepare for something worse, and don't give up, but always remember 1 thing. U will not get Ujian from ALLAH, If U can't bear it. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..


Tuesday, April 20, 2010

Guru Itu Seni

Erm..hari ni aku melawat SK Bagan Jermal..Kata2 PK1 sek tu terngiang-ngiang di fikiran.."Guru itu seni"..Kat mana seninya? Anybody can tell me?

Sunday, April 18, 2010

SK Seri Relau...in memory

Tanggal 22.3.2010. Aku masih terasa seperti semalam. Sebulan dilalui dengan pantas. Meninggalkan kesan mendalam dalam diri. Masih terngiang-ngiang panggilan anak didikku yang sentiasa hadir dengan pelbagai telatah dan kerenah. Mereka menghiburkan hatiku. Membuatkan aku tidak sabar untuk melihat mereka lagi, membuatkan aku tak jemu dan tidak berputus asa untuk terus memberikan yang terbaik. dalam hatiku sentiasa tersemat doa dan azam, moga anak didikku menjadi insan yang berguna dan berjaya satu hari nanti. Sebulan tidak cukup untuk aku memberikan yang terbaik. Kini, aku hanya mampu bertawakal, moga setiap anak didikku menjadi insan yang berjaya.


Tuesday, March 23, 2010

Pertama


Hari ni hari pertama aku ke SK Seri Relau.
Pertama sebagai guru praktikum
Praktikum yg pertama...

Kali ni aku perlu mengajar..Erm.bunyi senang kot..tp persediaan yg susah..kena wat lesson plan, alat bantu ngajar..mcm2 la jgak..
Hari ni jugak aku diberi 4 jam waktu math utk di ajar. 2 jam thn 3 2 jam thn 5..

Nervous, Xcited..

Aku mmg suka pi sekolah...yg aku x suka, LETIH..
letih nk drive, letih nk panjat bangunan tinggi2..

Tapi, matlamat aku satu..
nak jadi Guru Cemerlang..
mana la tau..ramai kata mustahil praktikum 1 dapat jd guru cemerlang.
tp, x salah kalau nk cuba kan..

Wednesday, January 20, 2010

Antara kerja dan kehidupan..


Apa yang kita cari dalam hidup sebenarnya??

A. Harta kekayaan
B. Keluarga yang bahagia
C. Kawan2 yang baik dan setia
D. Pasangan yang membahagiakan
E. Kerja yang berjaya = kerjaya

Hm, kalau boleh, aku nak semua. BIar la orang kata aku tamak. Tapi, boleh kita nak pilih semua? Is it possible?

Sunday, January 17, 2010

Sekian lama..

Hmm..dunia yang lama aku tinggalkan..dunia baru kini dah banyak mencuri perhatian aku. Alhamdulillah, tahun baru dengan azam yang baru..tapi, ada yang datang, ada yang pergi..Semua tu adalah di atas kehendak Allah yang Maha Kaya..Sebagai hamba, syukur adalah sesuatu yang terbaik.

Tahun ni, perjalanan aku sebagai seorang guru semakin hampir..tinggal setahun saja sebelum bergelar seorang guru di sekolah rendah. Agaknya, tak ubah umpama berada di sempadan. Ke depan, aku dah bekerja, ke belakang, aku masih belajar. Mana yang lagi baik? kerja atau belajar?

Tepuk dada, tanya selera.Ada orang lebih suka bekerja, tapi ramai orang yang lebih suka berfikir 'Kalau'..Kalau dapat undur masa, kalau dapat jadi macam dulu balik, macam-macam..Berfikir perkara yang lepas menjadi baik bila disusuli dengan tindakan. Tapi,m sekadar berfikir tak membawa perubahan atau makna apa-apa..

p/s: untuk renungan semata-mata