Sunday, April 18, 2010

SK Seri Relau...in memory

Tanggal 22.3.2010. Aku masih terasa seperti semalam. Sebulan dilalui dengan pantas. Meninggalkan kesan mendalam dalam diri. Masih terngiang-ngiang panggilan anak didikku yang sentiasa hadir dengan pelbagai telatah dan kerenah. Mereka menghiburkan hatiku. Membuatkan aku tidak sabar untuk melihat mereka lagi, membuatkan aku tak jemu dan tidak berputus asa untuk terus memberikan yang terbaik. dalam hatiku sentiasa tersemat doa dan azam, moga anak didikku menjadi insan yang berguna dan berjaya satu hari nanti. Sebulan tidak cukup untuk aku memberikan yang terbaik. Kini, aku hanya mampu bertawakal, moga setiap anak didikku menjadi insan yang berjaya.


No comments:

Post a Comment