Wednesday, September 16, 2009

Semua Tentang Kita(All About Us)

Aku merenung ke luar jendela..sengaja membiarkannya terbuka..angin malam yang sepoi-sepoi bahasa membuai aku lebih jauh..jauh kepada kenangan silam..

*******

Hari ini hari pertama aku di sini..tempat yang begitu asing bagiku..Pekan Changlun..Pertama kali menjejakkan kaki di sini..untuk melupakan penat setelah hampir empat minggu aku cuti selepas SPM..Seperti yang dijanjikan, sahabatku tiba menjemputku..

"Wan, lama tak jumpa..Apa Khabar sekarang??". Sapa Zelo yang sambil tersengih panjang..Memang itulah perangainya sejak aku kenal dengannya di sekolah dulu.Tak lekang mulutnya dari senyuman."Tak la lama sangat, baru turun bas, hang dah mai", balasku selamba yang begitu senang hati dengan sikap tepati janjinya.."Jom,mesti hang dah penat". Aku mengikut Zelo menaiki perut teksi menuju ke rumahnya.

**************

" Apa plan hang lepas ni?". Aku yang asyik menyusun barang terkejut kerana disapa tiba-tiba."Uisy, hang ni. Selamba koboi ja gempaq aku lagu tu. Kus semangat aku", getus aku yang masih lagi terkejut. seperti biasa, Zelo tersenyum."Apa sengih-sengih?", tambahku lagi. "Relaksla Wan. Aku melawak ja.. Sorry ok, nanti aku belanja hang makan". Seloroh Zelo yang memang suka berguarau. " Yelah tu. Hang tanya apa tadi? Plan? Erm, aku rasa aku nak pi cari kerja dulu la. Kalau nak sambung belajaq, aku bukan macam hang. Aku plan nak kumpul duit, pastu aku nak bisnes. Hang pulak?". "Aku mungkin akan ke luar negara tak lama lagi. Aku baru dapat Offer Letter last week. Saja aku tak mau habaq kat hang. Nak surprise", kata Zelo. Aku tak terkejut dengan kejutannya. Memang sudah ku jangka, ke mana benih yang baik kalau tidak menjadi benua di tempat yang terpilih. "Tahniah Zelo. Aku bangga ada kawan macam hang. Walaupun aku tak dapat pi sana, kurang-kurang hang pi pun jadi la. Jangan lupa kat aku no. Aku teringin la nak pegang salji. Nanti hang pos kat aku boleh dak?"."Mengarutlah hang ni. Mesti la salji tu cayaq. Tapi takpa. Demi kawan baik aku, aku pos kat hang nanti. Insya Allah".

****************

"Rabbana aatina fiddunya hasanah, wafil aghiratilhasanah, waqina a'zabannar". "Wan, hidup kita tak tentu. Kita tak tau sampai bila kita hidup", tutur Zelo memulakan tazkirahnya. "Aku bukan nak belagak pandai, cuma aku selalu terfikir, aku takut kalau esok aku dah tak dak. Sapa nak jaga mak dengan ayah aku. Aku pun tak sempat nak tunaikan janji aku nak hantaq depa pi Haji. Wan, sementara usia kita ada ni, sama-sama kita bersyukur. Moga Allah panjangkan umur kita dan kita tak lalai dalam kehidupan kita, Insya Allah. Aku mengangguk tanda setuju. Memang benar apa yang dikata oleh Zelo. Walaupun selalu aku mendengar tazkirah seperti ini, entah mengapa malam itu aku rasa tersentuh sangat. Mungkin sebab perasaan ikhlasnya nak menjaga kedua orang tuanya. Aku sekali lagi kagum dengan Zelo. Tidak ramai anak muda yang mempunyai hati sepertinya. "Insya Allah Zelo. Sementara hayat masih ada, kita sama-sama manfaatkannya, ok". "Zelo, tu blog hang tu, http://zelo55.com ,da siap ka? Mai la aku nak tengok. Nanti ajaq aku pulak boleh?", pintaku. "Alright". balas Zelo.

***********************

"Aku rasa x sedap hati la Zelo", rungutku perlahan. "Awat ni? Takkan teringat ghumah dah kot?" seloroh Zelo. "Bukanla. Aku rasa macam ada something yang tak kena". Sambungku lagi. Zelo memandang tepat ke arah aku. "Relaks Wan, Insya Allah semuanya ok. Istighfar banyak-banyak. Kalau ada apa-apa, aku kan ada". Tutur Zelo cuba memberi semangat kepada aku. " Eleh, hang ingat hang super hero ka?", kataku sambil tersengih. Sekurang-kurangnya hatiku lega sedikit. Kata-kata Zelo benar-benar memberi semangat kepada aku. Aku kembali mengira stok barang-barang runcit di depan mataku. "Banyak lagi barang nak kena kira ni", kataku di dalam hati. Memang beginilah rutin kami apabila tiba hujung bulan. Stok mesti dikira untuk tentukan hasil jualan. Sedang asyik aku mengira, aku terdengar dentuman kuat di luar kedai. "Zelo!". Aku tersentak. Entah mengapa namanya terpacul keluar dari mulutku. Aku bergegas keluar. Aku sebuah lori terbalik di dalam parit. Orang ramai mengerumuni tempat tersebut. "Zelo!Zelo!" Jeritku. Aku segera berlari ke arah orang ramai berkumpul. Seorang pemuda yang amat aku kenali berada di situ. Aku kaget, panik dan tergamam. Tak dapat aku tahan perasaanku. Air mataku berjurai. "Relaks ok, bawak bertenang". Aku tak mempedulikan sapaan tersebut. "Wan, relaks la.Jangan la emosi sangat"."Macam mana aku tak emosi, aku baru ja beli moto tu. Hutang pun tak habih lagi. Aku baru ingat nak bagi kat ayah aku", kataku sedih melihat motosikalku hancur di situ. " Tu la hang. Yang hang parking ketengah jalan tu buatpa", getus Zelo. "Aku kalut sangat tadi.Lupa dah nak pebetoi parking moto tu", jawabku.

************************

Alhamdulillah, semua dah selesai. Nasib baik insurans cover motor hang", kata Zelo sambil tersenyum. " Terima kasih Zelo. Kalu hang takdak, aku pun tak tau nak buat cemana lagi. Aku bukannya reti sangat bab-bab insurans ni". "Nasibla aku ada belajaq sikit dengan ayah aku, berguna jugak ilmu tu kan?", tmabah Zelo. Aku lega. Aku beruntung kerana mendapat rakan yang baik seperti Zelo.

***********************

Aku tersentak. Panggilan ibuku kembali mengejutkan aku dari lamunan yang panjang. Aku tersenyum sendirian, mengenangkan seorang sahabat yang jauh di perantauan. Hanya laman http://zelo55.com yang menjadi tempat kami berkongsi cerita. Semoga berjaya di sana Zelo. Aku sentiasa mendoakan kejayaanmu.


p/s : cerita ini hanya rekaan semata-mata. Cerita ini direka untuk menyertai contest di http://zelo55.com/. So, ending cam huru-hara sikit. 1st beb aku wat cerita camni..

4 comments:

  1. hahahhaah...
    nak komen..nak komen..
    hehe..
    b4 that..ape yg aku buat smp ko kate aku bagi idea kat ko??

    hebat jugak aku x buat ape2 tbe2 bg org idea..=p...

    baiknye zelo..susunan ayat kena improve lagi.haha..sdp je aku mengkritik..
    ok2..aku balik la ni..
    duit raye?

    ReplyDelete
  2. ehem3...
    aku pndai bagi tzkirah...
    ak pndai handle insuran...
    ak pndai blaja smpai pegi oversea...
    aku selalu snyum...
    ak tepati janji...

    wah wah wah...

    hangus trus crite ni ko goreng..
    kaw kaw punye goreng..

    ak bace crite ni aku igtkan aku yang eksiden...
    rpenye moto ko yang jadi mangsa...
    kus smgt aku klau tibe2 ending yang mnyedihkan...
    huuuu...
    tp nseb bek la aku idop lg dlm crite ni...
    hahahahah...

    mantop2...

    jgn lupe tros mnerus dlm memuji aku...hohohoho..

    pnyertaan diterime...mantop!!

    ReplyDelete
  3. lumut, thanks. Ak menerima kritikan dgn hati yg terbuka=)at least ak tau kt mana kena blaja lg.Nway, ble ak tgk bolg ko, ak nmpk citer ko. Dr ctu ak dpt idea nk join gak..

    Zello55,
    alamak..hangus ke??sian ko..hahaha..tu la kuasa penulis..boleh wat ap sj dgn watak dlm citer tu..ikutkan hati aku nk wat aku yg eksiden..kang tk pasal2 jd cerita seram plak.hahaha=)

    ReplyDelete
  4. sengal jgk..ingatkan cerita betul..hoho..however..lokasi changlun menjadi pilihan..heheh

    ReplyDelete