Friday, October 30, 2009

Sejauh manakah rancangan anda??



Siapa yang dah mula berfikir mengenai masa depan?? BUKAN sekadar nak kawin, nak beli kereta atau rumah, tapi dari segi KEWANGAN. Memang lumrah kita dah berfikir pasal kerja dan berapa pendapatan kita, tapi kadang-kadang kita lupa pasal PENYAKIT yang tak tentu waktu nak serang..Mungkin jugak waktu-waktu KECEMASAN..tak dinafikan semua orang nak hidup SENANG satu hari nanti..semua orang idamkan ada DUIT yang lebih untuk berbelanja dan membeli apa saja yg dihajatkan..Jadi, untuk mencapai matlamat tu, kita kena ada perancangan..Bila??SEKARANG..Kat sini bentosensei nak kongsi sedikit tips menjana kewangan..Insya ALLAH mudah dan praktikal..

1) Berbelanja ikut kemampuan
PTPTN dapat setakat RM400 sebulan (cthnya). Belanja macam orang dapat RM600. Waktu tu berangan pulak kalau la ada RM1200 sebulan, mesti best. Tapi, yg herannya, org yg keja dgn gaji sbyk tu pun merungut tk cukup(sori, tkde niat nk kutuk pasal gaji sesape).sebab apa?Sebab belanja lebih had. Jadi, belanja kena kurang dari apa yg kita ada.

2) Investment
Berapa ramai antara kita yg terfikir nak melabur waktu muda2 belia macam ni?dalam masa yg sama, kita rasa heran dengan bangsa lain yg sinonim dengan keta besa dan mewah, padahal tk tau buat keja apa pun.Takkan la tiap2 bulan menang loteri sampai boleh support camry kot..So, jawapannya mudah, MELABUR.. Kat sini aku nak share peluang pelaburan yg aku tau.

a) ASB- dgn serendah RM70 sebulan, korang boleh dapat 7%(minimum) dividen utk setahun. nilai dividen berdasarkan jumlah pinjaman. OK, Ali buat  pinjaman ASB Rm10000. Tp,duit tu tk dpt terus. Ali kena simpan Rm70 sbln sampai tempoh yg ditetapkan, biasanya 20 thn. (lagi rendah byrn, lagi lama tempoh). so, setahun Ali akan dapat RM700..sapa nak bagi Rm700 cmtu je.Nampak sikit.cuba kita buat kira2 sikit.

Simpanan tabung  
RM80 x 240 bulan = RM19200.

ASB
pinjaman RM10k + (RM700 x 20thn) = RM24000.

ini kalau kita ambil dividen minima. tiap2 tahun dividen tk sama.mgkn lg tinggi. tempoh dan jumlah pinjaman korang yg tentukan.

b) BANK KOPERASI

Bank ni menwarkan dividen tetap 10% setiap tahun. Nak dibandingkan dgn simpanan di dalam akaun biasa, bank just bg 1% setahun. Bank Koperasi akan simpan duit kita dalam bentuk unit saham, dan minimum kita kena beli RM500. Mungkin agak tinggi, tapi pulangan lumayan. Maksimum pelaburan kat sini RM5000.

c) Koperasi HPA

Ramai yang dah tau pasal HPA ni, tp ramai yg tak tau pasal pelaburan yg dia offer. tahun lepas HPA bagi hampir 14% kpd pemegang sahamnya.( kalau tk silap aku). Tp yg pasti sgt tggi nak dibandingkan dengan pelaburan lain. minimum untuk permulaan RM200 dan mesti menjadi ahli HPA dulu iaitu RM30 utk daftar jd ahli. Korang boleh kira sndr brp untung korang boleh dapat.

3) Peluang dan kemahuan 


PELUANG ada di mana2. cukup la aku kongsi yang ni dulu. Yang penting KEMAHUAN. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. InsyaALLAh sama2 dapat memajukan diri..

4 comments:

  1. engkau.kalau bab duet.no 1.huhu.simpan la mksd aku.pengurusan kewangan bgs.tapi persoalannya ada bley lwn aku x?huhuhu.....

    ReplyDelete
  2. hm..gud question there..insyaALLAH satu hari nanti aku bley lawan hg..kena byk blaja lagi nih..

    p/s: Ku Mazhad da jadi org KeyEll??

    ReplyDelete
  3. eh cmne nk masuk koperasi HPA tu?detail..ada contact?

    ReplyDelete
  4. sensitip aku.aku kn separa keyelll...

    ReplyDelete